8:16 AM

MAJLIS BERZANJI DAN MARHABAN



Majlis berzanji dan marhaban serta
doa selamat sempena pembukaan
kedai baru Mabroor kepunyaan
Puan Hajjah Gulap.Salah satu
aktiviti muslimat bukit istana.

8:03 AM

AKTIVITI MINGGUAN MUSLIMAT






Kelas Al Quran dan Tafsir
di Surau Bukit Istana







11:02 PM

PENGUMUMAN: CERAMAH MAWADDAH WA RAHMAH

CERAMAH MAWADDAH WA RAHMAH

TAJUK: MEMBINA MAHLIGAI BAHAGIA

PENCERAMAH: UST. MUHAMMAD B. ISMAIL

TARIKH: 21hb Mac 2010 (Ahad)

MASA: Selepas Solat Maghrib

TEMPAT: SURAU BUKIT ISTANA

-Anjuran Muslimat Surau Bukit Istana-

Jom pegi surau.....

10:52 PM

MAJLIS YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT





Majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat yang telah diadakan di rumah Pn Hjh Esah bt Hj Mat Som di Jln IM 10/3, Bkt Istana pada hari Sabtu lepas 13hb Mac 2010

11:51 PM

AKTIVITI-AKTIVITI MINGGUAN MUSLIMAT YANG SEDANG DIJALANKAN:


KELAS PENGAJIAN AL QURAN (UNTUK KANAK-KANAK)

Setiap Rabu, Khamis, Jumaat Jam 5 - 6.30 ptg

Setiap Sabtu dan Ahad Jam 3 - 4.30 ptg

(Tenaga Pengajar: AJK Muslimat Surau Bkt Istana)


KELAS AL QURAN DAN TAJWID

Setiap Isnin dan Selasa Jam 5.30 ptg

(Dikendalikan oleh: Ustazah Hjh Rashidah bt Hj Othman)

Setiap Rabu, Khamis dan Jumaat Jam 10 - 11.00 pg

(Dikendalikan oleh: Ustazah Anita bt Elias)


KELAS TAFSEER

Setiap Rabu Jam 11 - 12.30 tghr

(Dikendalikan oleh: Ustazah Anita bt Elias)


KELAS BAHASA ARAB

Setiap Khamis dan Jumaat Jam 11 - 12.30 tghr

(Dikendalikan oleh: Ustazah Anita bt Elias)

Jom pegi surau…..


9:52 AM

WAJAH-WAJAH AJK MUSLIMAT BKT ISTANA


7:33 AM

Perutusan Penasihat….


Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam selawat dan salam ke atas pemimpin orang terdahulu dan terkemudian Muhammad s.a.w penutup segala nabi serta ke atas ahli keluarga dan para sahabatnya sekelian.

Firman Allah Taala Surah Al-Araf 178 bermaksud,
“Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah dengan sebab persediaannya untuk menerima petunjuk Allah maka dialah yang beroleh hidayah dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.”

Alhamdulillah blog muslimah Bukit Istana merupakan salah satu usaha daripada AJK Muslimat Bukit Istana yang diberi hidayah oleh Allah untuk mengambil Islam sebagai deenul hayah sekali gus menjadi medium dakwah dikalangan penghuni Bukit Istana khususnya muslimat dan muslimin amnya.

Lahirnya blog ini bersempena dengan bulan kelahiran junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w, memberikan kita suntikan roh dan semangat perjuangan Rasullah s.a.w. dalam menyebarkan dakwah Islam. Mudah-mudahan kita sentiasa istiqamah untuk melaksanakan sunnah dalam kehidupan kita. Insya Allah kita boleh bermula dengan amalan yang mudah seperti doa dan selawat kerana sabda baginda s.a.w. bermaksud,
“ Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi ku pada hari kiamat ialah mereka yang paling banyak berselawat kepada ku” ( Hadis riwayat An-Nasa’i dan Ibnu Hibban dari Ibnu Masuud r.a.)

Mudah-mudahan usaha yang dilakukan ini sama-sama mendapat sokongan daripada warga Bukit Istana kerana tidak ada lain matlamatnya melainkan untuk menjadikan kita muslimat yang bijak mengatur urusan rumah tangga dan keluarga dan dalam masa yang sama taat dan patuh kepada setiap perintah Allah Pencipta kita, yang mengurniakan kesenangan dan kemewahan hidup seperti yang kita kecapi selama ini.

Semoga kita mendapat menafaat bersama dan redha Allah yang amat kita harapkan.

Wassalam
Ustazah Anita binti Elias

7:28 AM

Kata-kata Aluan Pengerusi…..



Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam yang telah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rahmatan lil Alamin. Selawat dan salam ke atas baginda s.a.w., ahli keluarganya dan para sahabatnya sekelian.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya Muslimat Bukit Istana kini memiliki blognya sendiri. Penghargaannya juga perlu diberi kepada AJK Muslimat Surau Bukit Istana yang berusaha membina blog ini.
Blog ini bertujuan untuk memapar dan mewar-war kan segala aktiviti dan program Muslimat Bukit Istana. Antara program yang telah dan sedang berjalan ialah kelas pengajian Al-Quran dan tajweed, kelas tafseer dan Bahasa Arab untuk dewasa ,juga kelas Al-Quran untuk kanak-kanak. Kita juga bercadang untuk mengadakan siri ceramah bulanan dengan menjemput penceramah yang terkenal untuk membincang topic-topik yang berkaitan dengan muslimat dan keluarga. Semua program-program ini dijalankan di surau Bukit Istana. Ini adalah usaha kita untuk mengimarahkan surau dan disamping dapat mengeratkan ukhwah islamiah dikalangan muslimat Bukit Istana. Kita juga merancang untuk mengadakan halaqah membaca surah Yasin secara bergilir-gilir dari rumah ke rumah setiap bulan. Disamping itu juga kita akan mengadakan taddarus Al-Quran di sepanjang bulan Ramadan ini, insya Allah.


Selaku Pengerusi Jawatankuasa Surau Bukit Istana, saya amat mengharapkan sokongan dan penglibatan semua muslimat Bukit Istana bagi menjayakan setiap program dan aktiviti yang diadakan. Semoga apa yang kita lakukan ini walaupun kecil akan dinilai oleh Allah s.a.w. sebagai amal soleh di hari yang mana tidak lagi berguna segala harta dan anak-anak yang kita miliki di dunia ini, sebagai mana firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 46 yang bermaksud,
“ Harta dan anak-anak hanyalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan yang kekal lagi soleh (baik) itu lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.”


“MAWADDAH WA RAHMAH”


Wassalam
PUAN HAJJAH MAIMUNAH BT HJ MOHD SALLEH