7:28 AM

Kata-kata Aluan Pengerusi…..



Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam yang telah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rahmatan lil Alamin. Selawat dan salam ke atas baginda s.a.w., ahli keluarganya dan para sahabatnya sekelian.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya Muslimat Bukit Istana kini memiliki blognya sendiri. Penghargaannya juga perlu diberi kepada AJK Muslimat Surau Bukit Istana yang berusaha membina blog ini.
Blog ini bertujuan untuk memapar dan mewar-war kan segala aktiviti dan program Muslimat Bukit Istana. Antara program yang telah dan sedang berjalan ialah kelas pengajian Al-Quran dan tajweed, kelas tafseer dan Bahasa Arab untuk dewasa ,juga kelas Al-Quran untuk kanak-kanak. Kita juga bercadang untuk mengadakan siri ceramah bulanan dengan menjemput penceramah yang terkenal untuk membincang topic-topik yang berkaitan dengan muslimat dan keluarga. Semua program-program ini dijalankan di surau Bukit Istana. Ini adalah usaha kita untuk mengimarahkan surau dan disamping dapat mengeratkan ukhwah islamiah dikalangan muslimat Bukit Istana. Kita juga merancang untuk mengadakan halaqah membaca surah Yasin secara bergilir-gilir dari rumah ke rumah setiap bulan. Disamping itu juga kita akan mengadakan taddarus Al-Quran di sepanjang bulan Ramadan ini, insya Allah.


Selaku Pengerusi Jawatankuasa Surau Bukit Istana, saya amat mengharapkan sokongan dan penglibatan semua muslimat Bukit Istana bagi menjayakan setiap program dan aktiviti yang diadakan. Semoga apa yang kita lakukan ini walaupun kecil akan dinilai oleh Allah s.a.w. sebagai amal soleh di hari yang mana tidak lagi berguna segala harta dan anak-anak yang kita miliki di dunia ini, sebagai mana firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 46 yang bermaksud,
“ Harta dan anak-anak hanyalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan yang kekal lagi soleh (baik) itu lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.”


“MAWADDAH WA RAHMAH”


Wassalam
PUAN HAJJAH MAIMUNAH BT HJ MOHD SALLEH

0 comments: